Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah

>> Monday, November 30, 2009

Salam...kembali bercontest..bila saya terjah blog kengkwan tengok banyak contest yang terlepas..walaupun gambar-gambar sudah tersedia ada dalam simpanan..namum kesibukan kerja mencemburui saya untuk bercontest, agaknya.....

Alhamdulillah masih ada yang sudi menganjurkan contest sambil menyediakan hadiah-hadiah yang menawan hati...kali ini contest dari blog Ibu Hadif sempena genap dua tahun ulangtahun perkahwinan mereka..tahniah semoga kemanisan dan kebahagian rumahtangga berpanjangan hingga akhir hayat.

Kadang kala pengalaman bersalin anak pertama amat mengembirakan walaupun tersulam perasaan takut, geri, cemas bercampur aduk..ye la kan mula-mula tiada pengalamanla katakan..

Anugerah terindah dari yang maha esa saya terima dengan hati terbuka dan dipanjatkan jutaan kesyukuran..saya selamat melahirkan anak perempuan seberat 3kg..pengalaman tu membuatkan saya sedar betapa kerdilnya munusia di sisiNya...

Dalam sedar tak sedar apabila kali pertama saya melihat anak saya terkejut juga..hitamnya.......................terus hati saya tak tenteram dan takut..macam-macam di fikirkan nape anak saya sedemkian rupa dah macam dayang senandung..mungkin masa tu suami saya tahu apa yang sedang saya fikirkan terus dia memujuk dan menenangkan saya...rupa-rupanya masa tu baby belum dibersihkan dan masih dalam keadaan lebam itu yang nampak macam dayang senandung tu...alhamdulillah, alhamdulillah sempurna zahirnya...gembira dan terharunya saya pada ketika itu...

Sebenarnya saya takut juga, sebab semasa saya mengandung saya sering bergurau dengan suami mengatakan mungkin baby kita berkulit kopi susu memandangkan gabungan warna kulit kami berdua..bagi saya warna kulit bukan ukuran, sememangnya kasih sayang seorang ibu tiada batasan, kuasa Tuhan yang boleh menguji setiap hambanya di dunia nie..andainya Tuhan menguji saya..bolehkah saya menerima segala-galanya...

Anakku Damia, bukan intan berlian yang mak mahukan cuma sekelumit harapan agar Damia menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan di akhirat agar kebahagian kita kekal abadi selamanya...




Damia Maisarah Bt Mohd Khairulnizam sekarang dah berumur 2 tahun 1 bulan....ketika ini baru beberapa jam di lahirkan...

Untuk kengkawan yang nak bercontest sama boleh la layari Blog Ibu Hadif dan lihat hadiah menarik menanti anda....


2 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ November 30, 2009 at 10:54 PM  

alahai..dayang senangdung pulak...
ok. dah terjah...
gudluck ok

LeEyA December 1, 2009 at 9:58 PM  

ucuk.. comenya.. follow u kay..

Damia Maisarah

Damia Maisarah

DaMiA MaIsArAh

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Ikatan Perkahwinan

Ikatan Perkahwinan
08.04.2006

Penyeri Perkahwinan

Penyeri Perkahwinan

My Family

My Family
Love U All

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP