Showing posts with label Contest Damia. Show all posts
Showing posts with label Contest Damia. Show all posts

PRETTY ZAZA BABY FACE CONTEST

>> Thursday, January 7, 2010



Banyak sungguh contest yang berlangsung tahun nie..semuanya bermurah hati ....kali nie Pretty Zaza menganjurkan Pretty Zaza B aby Face Contest..syarat-syarat nya pun mudah jer...

Foto yang di pertandingkan..Damia sentiasa Pretty di hati mak...



Pretty girl....Damia Maisarah Binti Khairulnizam
2 tahun ++



Read more...

"Hello Kitty Giveaway".

>> Friday, January 1, 2010

Sempena tahun baru " 2010" nie..contest pertama yang yang sertai ialah "hello kitty giveaway" anjuran blog ULAT'S WONDERLAND.



Wah..memang sesuai contest hello kitty giveaway dengan background blog nie...cantik sangat (he he memang peminat colour pink) ..hadiahnya pun pasti menjadi kesukaan Damia nanti.

Jom tengok syarat-syarat penyertaan

  • Buat satu entry di blog anda bertajuk "Hello Kitty Giveaway".
  • Copy banner "Hello Kitty Giveaway" di atas dan letakkan di dalam entry anda dan juga di sidebar blog anda. Jangan lupa link kan gambar banner tersebut ke entri ini.
  • Jadilah Follower blog ULAT'S WONDERLAND ini dengan seikhlas hati. hehe. penting nie supaya senang nak update ape2 nanti.
  • Apabila selesai semua task, sila tinggalkan komen beserta link entry anda itu di ruang komen di bawah.
  • Tarikh tutup : 10 Januari 2010.
  • Pemenang akan di pilih berdasarkan randomly pick @ lucky draw yang akan diumumkan pada 11 Januari 2010.
So...mari ler beramai-ramai sertainya..

Read more...

Always be My Baby Contest !

>> Tuesday, December 29, 2009


Simple betul contest kali nie..memang senang sangat untuk menyertainya...

Terima kasih penganjur yang mengajurkan contest kali nie..Jom klik disini untuk sama-sama memeriahkan lagi contest Always Be My Baby Contest!


Read more...

Baby Wearing Baju Melayu / Baju Kurung Contest

>> Wednesday, December 23, 2009

Create your own banner at mybannermaker.com!

Baby Wearing Baju Melayu / Baju Kurung Contest nie saya terjah dari blog anak2u selalunya kalu berbaju kurung or baju melayu nie time hari raya je..tapi bagus gak la kalu ada contest macam nie memartabatkan adat budaya melayu...ye la kehidupan kita semakin moden..

Sesiapa yang berminat nanti leh join and tengok apa syarat-syaratnya di sini

Damia banyak koleksi berbaju kurung...tapi nie antaranya ye la..nanti kalu letak bebanyak, kesian pulak untuk juri nak memilih...




Damia Maisarah Bt Mohd Khairulnizam
2 tahun ++
rosidah_rr@yahoo.com

Read more...

Butik Balqis Sayang Giveaway



Sempena pembukaan kedai baru iaitu BUTIK BALQIS SAYANG, mama balqis mengadakan giveaway so saya juga mengambil kesempatan untuk join sama memeriahkan lagi giveaway nie...

Sebelum tu ada gak saya terjah blog Butik Balqis Sayang...memang pelbagai pakaian yang menarik dan yang bestnya harga yang amat berpatutan...mama Balqis ada tak diskaun sempena pembukaan kedai baru nie...kalu ada mybe lebih ramai yang sukaaaaaaa..whateverpun good luck and moga-moga perniagaan Butik Balqis Sayang akan maju jaya...

Untuk kawan-kawan yang naik join sama Butik Balqis Sayang Giveaway nie leh le terjah Blog Mama Balqis's Diary.

Hadiahnya adalah..... 2 set Baby Suit...

Read more...

Contest "Ceria Si Ayah bersama anak"




Dah lama jadi folower fashah..selalu juga terjah blog dia...nasib baik contest yang fashah anjurkan masih panjang datelinenya, emmm hari nie baru berkesempatan masuk contest "ceria si ayah bersama anak"...tahniah ler untuk fashah ye la kan selalunya contest melibatkan ibu & anak jer tapi kali nie ada gak penglibatan dengan si ayah & anak....

Damia pun nak mencuba nasib ...



Damia & Nizam

Read more...

~MUKA ~ COPY PASTE CONTEST"

>> Friday, December 11, 2009



Contest kali ini saya terjah dari blog Reizalieza...bukan senang nak cari muka serupa tapi tak sama..ye la semua kurnian Tuhan..setiap orang ada kelebihan masing-masing..

Jom semua kengkwan kita memeriahkan lagi contest kali ini...

Antara syarat-syarat yg dikenakan :
  • MESTI jd follower blog riezalieza
  • Buat entry psl contest ni.... sticky mode tau... hingga 1 Muharram 1431H ( ni tanpa paksaan… kalau buat ade extra marks
  • Extra marks lagi KALAU add link http://riezalieza.blogspot.com ke blog anda
Cara-caranya pulak gi ekk:

  • Letak gmbr anda bersama anak anda @ bersama mak anda @ bersama bapak anda yg nampak persamaan rupa paras/gaya ke.. ibarat org “EH U ALL NI CAM COPY PASTE LE” maksudnya sebijik le.. adik beradik tak aci tau... mana leh kembar sure sama kan...
  • Kalau muka korang tak sama muka anak ke atau muka korang punye parents.. korang leh le pertaruhkan gmbr suami@isteri anda TETAPI tetap bersama anak anda atau mak bapak diaorang le he he he.. ade paham????
  • Extra marks yg byk kalau turun temurun … MAKNANYANYE.. korang sama muka mak korang.. anak korang sama muka korang.. so ade 3 yg sama kan…( nenek + ibu + anak ) tp kenale letak gambar gak…sbg bukti



Sama ker..kalu dari segi paras rupa Damia tu memang tak di nafikan semuanya hampir sama dengan paras rupa saya...aksi ni di rakam semasa percutian kami baru-baru nie je..sepatutnya Damia perlu pisss mcm saya tapiiiiiiiiiii Damia tak mahu,katanya mak dah tunjuk dua kakak nak tunjuk satu...pening kepala ayahnya ketika merakamkan gambar..last-last mak n ayah kata suka hati kakak la...



Apa lagi sesiapa yang berminat jom terjah blog Reizalieza...

Read more...

Sweet Craft Store Contest

>> Tuesday, December 8, 2009

Create your own banner at mybannermaker.com!

Hari tue saya dah terjah untuk contest nie kategori a mahupun kategori b tapi malangnya tak cukup syarat untuk masuk memeriahkan suasana contest nie...mungkin dah rezeki bila terjah balik blog Sweet Craft Store kali nie, ternampak ada penambahan kategori c dan datelinenya belum tutup lagi....

Untuk kategori c, saya berpeluang sama-sama untuk memeriahkan lagi contest...
Syarat-syaratnya klik disini. Mogo-moga ada rezeki untuk Damia kali nie..ye la walaupun saya ada masuk contest lain tapi belum ada rezeki untuk Damia....emm kalau tak muat kasut bidadari
(sebab cute miut tersangat-sangat tue) untuk Damia mak leh simpankan untuk adik Damia nanti...



Ketika ini Damia masih baby lagi.. walaupun umur belum setahun jagung tetapi kepetahan bercakap memang tak dapat di nafikan..sehingga kini (umur dah 2 thn ++) kepetahan bercakap membuatkan semua family geram & terhibur..mana taknya sesiapa yang di panggilnya lambat menyahut pasti ayat-ayat lain akan terkeluar....saya juga tidak ketinggalan terkena tempias kepetahannya...mak..mak.......kalu tak menyahut last kalinya bunyi gini pula........makkkkkk cidahhhhhhhhhhhhh....mak cidah......isk iskkkkkkk.. he he (siap kena panggil nama)

Moga-moga dengan kebetahan Damia, besar nanti boleh jadi laywer yea...amin..

Masih sempat lagi kalau kengkawan semua nak join sweet craft store contest nie tapi dateline dia pada 10.12.2009...sapa cepat dia sempatla kan...Kalau tak sempat lihat-lihatlah sweet craft yang ada di sana..memang comel-comel belaka!!

Read more...

Contest Si Manja Berkaca Mata

>> Tuesday, December 1, 2009



Salam semua...Waaa....banyak betul contest bulan nie..kali nie Damia nak menyertai contest si manja berkaca mata pula...anjuran blog UMMU MISHKAH...

Sememang anak-anak kecil pandai bergaya..semuanya atas kehendak kita juga..bak kata perpatah melentur buluh biar la dari rebungnya..dan masa kecil ini lah kasih sayang kita mencurah-curah, ditatang bagai minyak yang penuh...Semua aksi-aksi si kecil akan mendapat perhatian kita, manakan tidak keletah dan tindak tanduk mereka semuanya mencuit hati...

Damia tak banyak koleksi bergaya dengan cermin mata tapi ada la satu dua yang boleh memeriahkan lagi contest kali nie..

Dan ini dia gambarnya, Damia Maisarah bt Mohd Khairulnizam berumur 2 tahun ++
Damia boleh menang tak.....kalu ada rezeki alhamdulilah..



Syarat-syarat penyertaan boleh ler semak di sini....



Read more...

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY

Saya suka sangat giveaway kali ini..memandangkan giveaway ajnuran blog Ibu Rifqi kali ini lain pada yang lain...cuma uplordkan gambar-gambar anak yang serius..



SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY

Dah terlalu banyak gambar Damia yang serius tertapok dalam folder mak..so kali ini leh la mak interframekan gambar-gambar tu semua...kebetulan pulak Ibu Rafiqi tak menghadkan berapa banyak gambar nak diinterframekan so mak nak letak le bebanyak kasi Ibu Rafiqi pening nak memilihnya nanti....he he he...

Jom tengok gambar-gambar Damia..yang tak mahu senyum, tak mahu pose, no respon bila diberitahu nak ambil gambar...




Damia Maisarah Bt Mohd KhairulNizam, 03.10.2007, umur dah 2thn ++...

Jom kita join giveaway kali nie..keterangan lanjut klik di sini...okey selamat bercontest!

Read more...

"Seindah Butterfly" Giveaway Kategori B

>> Monday, November 30, 2009

Hampir terlupa nak masuk contest " Seindah Butterfly" Giveaway Kategori B nie...kategori A awal-awal dah masuk tu yang membuatkan saya hampir terlupa...merajuk pulak Si Damia tu plak nanti mana nak tahu kot-kot ada rezeki dua-dua leh kategori menang...

Gambar ni di ambil baru-baru nie aje..semasa menyambut hari raya adiladha...baju nie pemberian family sebelah abang yang di jahit oleh tok mama Damia...dalam banyak-banyak gambar saya rasa gambar Damia, gambar nie menarik bukan apa pose Damia yang bersahaja...bukan senang nak ambil gambar Damia sekarang..semuanya ada mood..nak makan, nak tido, nak mandi semuanya ikut mood...aduilaaaaa anak mak sekarang semakin besar semakin pandai....



Damia Maisarah bt Mohd Khairulnizam...2 thn 1 bulan...


Berkenan gila mak bila tengok hadiah dari penaja..nasib baik suruh pilih 3 design baju je..semua design yang ada memang kegemaran Damia...design pertama mak pilih upih ipin, kedua daremon, dan ketiga mak pilih barney n frend...kalu Damia menang contest nie mesti dia terjerit-jerit suka tengok hadiah tajaan CUDA....moga-moga ada rezeki...

Masih ada masa lagi jika sesiapa yang yang ingin masuk contest nie..anda boleh lawati blog Seindah Butterfly ..dan tengok hadiah menarik di sini...selamat mencuba...

Read more...

Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah

Salam...kembali bercontest..bila saya terjah blog kengkwan tengok banyak contest yang terlepas..walaupun gambar-gambar sudah tersedia ada dalam simpanan..namum kesibukan kerja mencemburui saya untuk bercontest, agaknya.....

Alhamdulillah masih ada yang sudi menganjurkan contest sambil menyediakan hadiah-hadiah yang menawan hati...kali ini contest dari blog Ibu Hadif sempena genap dua tahun ulangtahun perkahwinan mereka..tahniah semoga kemanisan dan kebahagian rumahtangga berpanjangan hingga akhir hayat.

Kadang kala pengalaman bersalin anak pertama amat mengembirakan walaupun tersulam perasaan takut, geri, cemas bercampur aduk..ye la kan mula-mula tiada pengalamanla katakan..

Anugerah terindah dari yang maha esa saya terima dengan hati terbuka dan dipanjatkan jutaan kesyukuran..saya selamat melahirkan anak perempuan seberat 3kg..pengalaman tu membuatkan saya sedar betapa kerdilnya munusia di sisiNya...

Dalam sedar tak sedar apabila kali pertama saya melihat anak saya terkejut juga..hitamnya.......................terus hati saya tak tenteram dan takut..macam-macam di fikirkan nape anak saya sedemkian rupa dah macam dayang senandung..mungkin masa tu suami saya tahu apa yang sedang saya fikirkan terus dia memujuk dan menenangkan saya...rupa-rupanya masa tu baby belum dibersihkan dan masih dalam keadaan lebam itu yang nampak macam dayang senandung tu...alhamdulillah, alhamdulillah sempurna zahirnya...gembira dan terharunya saya pada ketika itu...

Sebenarnya saya takut juga, sebab semasa saya mengandung saya sering bergurau dengan suami mengatakan mungkin baby kita berkulit kopi susu memandangkan gabungan warna kulit kami berdua..bagi saya warna kulit bukan ukuran, sememangnya kasih sayang seorang ibu tiada batasan, kuasa Tuhan yang boleh menguji setiap hambanya di dunia nie..andainya Tuhan menguji saya..bolehkah saya menerima segala-galanya...

Anakku Damia, bukan intan berlian yang mak mahukan cuma sekelumit harapan agar Damia menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan di akhirat agar kebahagian kita kekal abadi selamanya...




Damia Maisarah Bt Mohd Khairulnizam sekarang dah berumur 2 tahun 1 bulan....ketika ini baru beberapa jam di lahirkan...

Untuk kengkawan yang nak bercontest sama boleh la layari Blog Ibu Hadif dan lihat hadiah menarik menanti anda....


Read more...

Contest Lagi

>> Wednesday, October 28, 2009

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

Kali ini Cutest Baby In Blue Contest ajuran Pn. Eliza kita..best juga kalau dapat masuk nie..untuk memariahkan pertandingan. Kalah menang tu pulak kita belakang...semuanya dah memang adat pertandingan.

Yang berminat nak menyertainya bolehlah singgah blog nie.. http://elizakru.blogspot.com syarat-syaratnya pun mudah aje..

Ok nie gambar yang di pertandingkan..saya suka sangat tengok gambar nie..umur Damia masa nie dalam 8 bulan..pipinya tembam sangat...montok gitu..sesiapa yang tengok mesti geram nak cium..nak gomol..
memadangkan Damia cucu first tok and tok wan maka secara automatiknya jadi cucu kesayangan ler...


muah..muah sayang Damia

Damia Maisarah Bt Mohd Khairulnizam..skrg dah 2 tahun

Read more...

MY FUNNIEST BABY CONTEST

>> Wednesday, October 21, 2009

Bila saya tengok ada my funniest baby contest nie di laman blog uMiDaniSh..terus saya teringat ada satu dua gambar yang sentiasa ada dalam ingatan..terus saya buka balik fail-fail yang tersimpan gambar-gambar Damia..

Gambar nie amat mencuit hati saya dan family..masakan tidak gambar nie diambil ketika kami sekeluarga berhenti untuk berehat ketika perjalanan balik ke kampung..ketika tu Damia sedang menikmati hidangan kegemarannya..nestum jagung..sedang sedap makan, ayahnya pulak sibuk snap gambar dia sana sini. Terhasillah gambar cute yang melucukan ketika ayah meganggunya sedang menikmati hidagan kegemaran...

he he he lucunya anak mak nie.....cute lagi!



Nama penuh : Damia Maisarah Bt Mohd Khairulnizam

Umur : 2 tahun

Salam sayang untuk Danish...muah..muah..

Kalau kengkawan lain nak join boleh refer kat sini...blog uMiDaniSh


BerMula : 20 Oktober hingga 13 November 2009 (12.00 tengahari)
Berumur : 1 bulan hingga 3 tahun
Kategori A : baby gurl
Kategori B : baby boy

Hadiah :
-1 Cloth Diaper Lunatots bagi setiap kategori
Sponser dari Babyumishop

- 1 helai baju baby bagi setiap kategori
Sponser dari IT @ RLiiT'S BoutiQe & beuty Centre



Hadiah PiliHan unTuk Peserta Bertuah
- 1 Diaper Stacker
Sponser dari Moms&babyshop
Jom tinjau apa yang ada di blog sponser-sponser

Sponser 1 : Babyumishop
Jom tengok apa yang ada dalam blog Babyumishop
Macam-macam ada...contohnya Minuman herba,tupperware,Bio aura water filter, diaper stiker, set herba ibu bersalin dan lain-lain yang best sekali siap ada skim kutu cloth diaper lagi.




Pakaian wanita dan kanak-kanak..cantik-cantiknyer dah mula tertaut tu..
ECPI water serta penerangan bagaimana untuk mengguna serta kebaikannya..
Sponser 3 : Moms&babyshop

Cloth diaper serta produk minuman kesihatan yang menyegarkan contohnya susu hi goat, jus diet pun ada,microfiber insert



Selamat Bercontest..



Read more...

Si Comel Berbaju Raya Contest

>> Tuesday, October 13, 2009

Asyik klik sana klik sini ...entah macam mana masuk ke blog babyibu. Menarik dan tertawan seketika memandangkan banyak info yang amat berguna untuk kaum ibu-ibu nie...Pelbagai info boleh dicari dengan mudah memandangkan susun atur blog yang kemas dan teratur. Tanpa buang masa bila nampak aje banner contest di sidebar blog terus klik.Ekkk..ada contest untuk anak.....Emm sebelum nie memang tak pernah masuk mana-mana contenst lagi..ye la asyik tengok orang lain menang apa kata kita try pula masuk..kot ada rezeki dari Allah..

Penyertaan:


Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)
Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.

Syarat-syarat yang mudah :

  • Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda
  • Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
  • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya
(berbaju raya = baju kurung/baju melayu)
  • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor
(no link back will be disqualified)
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
  • Klik sini untuk Q &A
Hadiah

Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop


Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online


Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop


Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online


Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online


Hadiah Misteri
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest
(di adili guna Google Analytics)

Gambar Penyertaan



Nama Anak : Damia Maisarah Bt Mohd Khairulnizam

Umur : 2 tahun

Senyum...salam sayang untuk semua dari MiA...

Read more...

Damia Maisarah

Damia Maisarah

DaMiA MaIsArAh

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Ikatan Perkahwinan

Ikatan Perkahwinan
08.04.2006

Penyeri Perkahwinan

Penyeri Perkahwinan

My Family

My Family
Love U All

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP