"Seindah Butterfly" Giveaway Kategori B

>> Monday, November 30, 2009

Hampir terlupa nak masuk contest " Seindah Butterfly" Giveaway Kategori B nie...kategori A awal-awal dah masuk tu yang membuatkan saya hampir terlupa...merajuk pulak Si Damia tu plak nanti mana nak tahu kot-kot ada rezeki dua-dua leh kategori menang...

Gambar ni di ambil baru-baru nie aje..semasa menyambut hari raya adiladha...baju nie pemberian family sebelah abang yang di jahit oleh tok mama Damia...dalam banyak-banyak gambar saya rasa gambar Damia, gambar nie menarik bukan apa pose Damia yang bersahaja...bukan senang nak ambil gambar Damia sekarang..semuanya ada mood..nak makan, nak tido, nak mandi semuanya ikut mood...aduilaaaaa anak mak sekarang semakin besar semakin pandai....



Damia Maisarah bt Mohd Khairulnizam...2 thn 1 bulan...


Berkenan gila mak bila tengok hadiah dari penaja..nasib baik suruh pilih 3 design baju je..semua design yang ada memang kegemaran Damia...design pertama mak pilih upih ipin, kedua daremon, dan ketiga mak pilih barney n frend...kalu Damia menang contest nie mesti dia terjerit-jerit suka tengok hadiah tajaan CUDA....moga-moga ada rezeki...

Masih ada masa lagi jika sesiapa yang yang ingin masuk contest nie..anda boleh lawati blog Seindah Butterfly ..dan tengok hadiah menarik di sini...selamat mencuba...

Read more...

Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah

Salam...kembali bercontest..bila saya terjah blog kengkwan tengok banyak contest yang terlepas..walaupun gambar-gambar sudah tersedia ada dalam simpanan..namum kesibukan kerja mencemburui saya untuk bercontest, agaknya.....

Alhamdulillah masih ada yang sudi menganjurkan contest sambil menyediakan hadiah-hadiah yang menawan hati...kali ini contest dari blog Ibu Hadif sempena genap dua tahun ulangtahun perkahwinan mereka..tahniah semoga kemanisan dan kebahagian rumahtangga berpanjangan hingga akhir hayat.

Kadang kala pengalaman bersalin anak pertama amat mengembirakan walaupun tersulam perasaan takut, geri, cemas bercampur aduk..ye la kan mula-mula tiada pengalamanla katakan..

Anugerah terindah dari yang maha esa saya terima dengan hati terbuka dan dipanjatkan jutaan kesyukuran..saya selamat melahirkan anak perempuan seberat 3kg..pengalaman tu membuatkan saya sedar betapa kerdilnya munusia di sisiNya...

Dalam sedar tak sedar apabila kali pertama saya melihat anak saya terkejut juga..hitamnya.......................terus hati saya tak tenteram dan takut..macam-macam di fikirkan nape anak saya sedemkian rupa dah macam dayang senandung..mungkin masa tu suami saya tahu apa yang sedang saya fikirkan terus dia memujuk dan menenangkan saya...rupa-rupanya masa tu baby belum dibersihkan dan masih dalam keadaan lebam itu yang nampak macam dayang senandung tu...alhamdulillah, alhamdulillah sempurna zahirnya...gembira dan terharunya saya pada ketika itu...

Sebenarnya saya takut juga, sebab semasa saya mengandung saya sering bergurau dengan suami mengatakan mungkin baby kita berkulit kopi susu memandangkan gabungan warna kulit kami berdua..bagi saya warna kulit bukan ukuran, sememangnya kasih sayang seorang ibu tiada batasan, kuasa Tuhan yang boleh menguji setiap hambanya di dunia nie..andainya Tuhan menguji saya..bolehkah saya menerima segala-galanya...

Anakku Damia, bukan intan berlian yang mak mahukan cuma sekelumit harapan agar Damia menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan di akhirat agar kebahagian kita kekal abadi selamanya...




Damia Maisarah Bt Mohd Khairulnizam sekarang dah berumur 2 tahun 1 bulan....ketika ini baru beberapa jam di lahirkan...

Untuk kengkawan yang nak bercontest sama boleh la layari Blog Ibu Hadif dan lihat hadiah menarik menanti anda....


Read more...

Buzy..buzy..

>> Tuesday, November 24, 2009

Minggu lepas adalah antara minggu-minggu yang paling sibuk...kalahkan Yang Berhormat lagi..


Orang lain buat program kita pun nak buat program..nak buat kecil-kecil dah pulak jawatankuasa tak setuju so apa lagi buat kena buat program yang ada jemputan...faham-faham je la kena nak formal skit..tapi kadang kala tengok Yg Berhormat datang majlis macam santai je ..terfikir juga nape kita pulak nak formal-formalkan....

Memang penat buat program nie dari awal hingga akhir rasa penat sangat tapi kalau ada yang sudi datang tolong untuk meringgankan bebanan kerja rasa gembira tak terkira..alhamdulilah ada juga saya sudi menolong...emmm kalu nak harapkan teman sekerja semuanya ada 1001 alasan yang tersendiri..entahlah...

Apapun semuanya dah selesai dan program sukses dengan jayanya..horeyyyyyyyyyyyyyyy..siap dapat pujian lagi..bukan lagi nak banggakan diri tapi sekadar pemangkin semangat untuk berkerja dengan lebih cemerlang..

Untuk anak mak Damia..i'm so sorry sepanjang minggu lepas kena tidur dengan tok dan tok wan..he he kalu dah 1 pagi baru balik kerja anak pun merajuk dan terus tidur..esok pulak pagi dah keluar sampai tak sempat jumpa..jangan merajuk okey Damia nanti ayah dah janji nak bawa gi jalan-jalan...kita gi Lake Town Resort Bukit Merah...






Bukan mudah nak buat kerja sorang-sorang...nak membeli, nak mengangkut, nak membungkus, nak menghias semuanya nak buat..

TQ for my friend, hubby & family kerana sudi membantu dari awal hingga akhir..

Alamak banyaknya contest yang tak sempat masuk gi nie...he he he

Read more...

Sebagai renungan

>> Tuesday, November 10, 2009

Iktibar dari Al Quran
www.iluvislam.com
Ustaz Nasrudin Tantawi*
Editor:lailatulema



1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 September dan 1 Oktober baru - baru ini cukup memilukan .

2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .

3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .

4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat berguna untuk membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

6. Apabila kita selaraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”


8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

10. Kami menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt .


*Ustaz aktif menulis di blog beliau, http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Read more...

"Seindah Butterfly" Giveaway Kategori A

>> Monday, November 9, 2009



Salam semua, sekarang masih lagi dalam mood contest-mengcontest..memang best giler la..walaupun belum tentu nak menang tapi belum cuba belum tahukan..untung sabut timbul kalu rugi tenggelam...suka hati jer he..he..

Ok lah "Seindah Butterfly" Giveaway Kategori A ...di anjurkan oleh Mama Kak Ecah yang duduk nun jauh kat sana tu...ohhh nak balik Malaysia ekkk...hujan emas negara orang, hujan batu kat negara sendiri..mana best ekk..

Rupa-rupanya ada dua kategori lagi..A & B..ingat nak try dua-dua la...leh ekk, nasib baik sampai B je cuba bayangkan kalu sampai Z..he..he..he..melalut pulak..

Baiklah untuk giveaway kali ini saya uploadkan satu gambar yang saya suka bila melihatnya...bukan perasan cantik tapi lihat cara jurugambar yang mengambilnya mengikut kreabaliti dan kreativitinya...memang jadi cantik gambar tu...(jurugmbr perempuan tu)

Align Center
Entry..

Jodoh dan pertemuan adalah semuanya anugerah Tuhan...begitu jua dengan saya..Saya berkenalan dengan suami melalui ibu mertua..beliau yang banyak mengaturkan bibit-bibit pertemuan, perkenalan dan perhubungan antara kami...(senang cerita cam nie lah..ibu mertua banyak mempromosikan anaknya untuk saya). Walaupun pada mulanya sukar untuk saya menerimanya dalam masa terdekat tetapi Tuhan telah menentukan segalanya.

Saya cuba mengambil masa agak panjang untuk saling mengenali supaya dapat menimbulkan keserasian antara kami dan akhirnya kami mengikat tali pertunangan. Sepanjang tali pertunangan kami , allahmdulilah kami dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain dan akhirnya kami sah menjadi pasangan suami isteri.

Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga akhirnya..Tuhan kau tabahkan hati ini untuk mengharungi badai-badai kehidupan. Mogo-moga kemanisan kebahagian berkekalan...Amin

Untuk pilihan hadiah...kot2 la menang kan, saya telah menerjah blog Pn Eila dan semua shawl cantik-cantik belaka tapi shawl yang mula saya berkenan semuanya sold out..tengok punya tengok ada gak la yang teruja di hati....

Antaranya pilhan saya :


Kepada sesiapa yang ingan menyertai giveaway nie sila layari blog MaMa KaK EcAH ya...

Read more...

My Bracelet Contest

>> Thursday, November 5, 2009

Isk..isk...saya nie asyik bercontest je kan..maaf ler memang hobi sekarang nie terjah contest-contest yang ada..tak kira apa jenis contest..

Kali ini my bracelet contest pulak...saya ada juga koleksi bracelet tetapi semua design lama..bila online myheart-e-shop wah.....cantik-cantik belaka..memang rambang mata..seronok habis bila contest ini menghadiahkan bracelet mengikut pilihan hati. Jangan kata satu tapi dua jadi pilihan saya..maaf yer pilih sampai dua tapi kalau rezeki bagi satupun jadi la...

Pilihan saya


CR12 (RM 12) & B6 (RM 12)

Cadangan harga bracelet adalah dari RM 10- RM 12, ye la bukan apa tengok bracelet dalam myheart-e-shop nie semuanya design cantik-cantik, update lagi dan memandangkan harga pasaran pun lebih kurang cam tu jugakan.

Pada sesiapa yang naik tengok bracelet untuk pilihan hati ataupun untuk hadiah cenderahati pada sesiapa boleh lawati blog ini...MyHeArT -e-sHop

Read more...

My Sweet Little Shop Giveaway

>> Wednesday, November 4, 2009

Jom sertai  My Sweet Little Shop Giveaway anjuran Reen dari blog My Sweet Little Shop sempena pembukaan sempena pembukaan onlinebabyshop beliau...

 Senang & mudah syarat untuk menyertainya : 
1. cambiasa mestilah kena jd follower my sweet little shop n add my sweet little shop dlm bloglist korang
2. letak banner atas ni kt sidebar korang n link sekali ke giveaway nih
3. wat entri psl giveaway nih
4. jgn lupa link back ke blog nih..
6. tgalkan link da siap kt ruangan komen bwh ni..

Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah...so nie cam lucky winner ler...Seramai 3 orang pemenang bertuah akan dipilih..so kawan2 tunggu aper lagi..moh ler join my giveawaynie.
 
Bila saya tinjau-tinjau babyshop nie..timbul perasaan nak ada baby pulak..ye la tengok pakaian baby semuanya comel-comel..harga berpatutan...gi pun kakak Damia pun dah besarkan. Insyallah kalau ada rezeki, semua itu anugerah Tuhan...Amin..

Read more...

Kepulangan Harraz

>> Tuesday, November 3, 2009

Pada ahad yang lalu..saya sekeluarga sempat mengunjungi kepulangan baby comel dari Johor Bharu..ye la kami tak berpeluang mengunjungi mereka sekeluarga ketika Harraz selamat di lahirkan..Bertambahlah nampaknya anak buah saya..

Harraz merupakan anak sulong kepada adik ipar saya, setelah 6-7 tahun (kalau tak silap la)dia menunggu kehadirannya. Tahniah...semoga kehadiaran Harraz memberi 1001 kebahagian kepada kedua ibu bapanya..

Untuk ole-ole makan petang saya sempat siapkan brownies chees cake, moist cake coklat dan kek kukus berinti..

Comelnya dia...


Menu Minum Petang..





Read more...

Damia Maisarah

Damia Maisarah

DaMiA MaIsArAh

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Ikatan Perkahwinan

Ikatan Perkahwinan
08.04.2006

Penyeri Perkahwinan

Penyeri Perkahwinan

My Family

My Family
Love U All

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP