Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Cuti Yang Memenatkan

>> Tuesday, January 12, 2010

Salam semua...rasanya lama dah tak update blog (kecuali update untuk contest je kan...) pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru...dah masuk tengah bulan Januari..

Sabtu lalu saya apply cuti...kononnya nak rehat puas-puas le kan tapi ada aje keja nak kena buat...permintaan abang nak suruh buat cupcake untuk bestfrindnya yang nak bertunang so terpaksa le penuhi permintaan...sambil buat cupcake sempat la juga siapkan kek moist coklat untuk majlis bubur asyura dan kek marble untuk minum petang sekali...

Kebetulan pada malam tu, terima pula sms dari mak mertua menjemput datang majlis bacaan yassin di rumahnya...tak kan nak bawa diri jer wajib gak bawa buah tangan...so fikir paling ringkas buat juga la kek pandan susu and popia goreng...

Yang bestnya menu yang kita bawa sold out paling awal....ha ha ha best le siap buat lawak leh balik awal sebab dah leh tutup kedai memandangkan jualan dah habis...he he siap ada permintaan gi...nanti kalau kita nak bawa buah tangan kena bawa lebih-lebih sikit sebab yang sempat makan hari tu hanya tetamu, tuan punya majlis tak sempat rasa......sorryy tak dapat nak nolong...

Lain kali kalu ada majlis gi kita buat lain ler...so layan gambar-gambar kek yang kita siapkan..



Cupcake moist coklat



kek marble





Kek Pandan Susu

Read more...

Cupcake & Tart Coklat

>> Wednesday, December 23, 2009

Sempena cuti sekolah nie...memang banyak sungguh jemputan majlis perkahwinan, bertunang,berkhatan..saya juga tidak terlepas daripada undangan-undangan majlis tersebut.

Sabtu lalu berlangsungnya masjlis perkahwinan & majlis pertunangan sepupu (sebelah suami)..dan saya sempat siapkan cupcake & tart coklat sebagai hantaran...



Cupcake Moist Coklat



Tart Coklat



Siap digubah...kepada sesiapa yang nak order...saya menerima tempahan...he he he

Read more...

Cerita Raya

>> Thursday, December 3, 2009

Kami tiga beranak kali ini beraya di rumah tok mama & tok papa (rmh mak mertua) lepas solat raya dan sarapan sikit pastu baru pergi rumah tok mama..ye la raya puasa ari tu tak sempat nak beraya lama, ingatkan kali ini nak beraya la lama sikit...semuahnya hampesss mana tidaknya ayah dah kena kerja pulak....menyiapkan projek perahu hiasan sempena pesta air kat Batu Feringggi nanti...

Lepas balik rumah tok mama...Damia terus tidur, dah petang baru sambung gi jalan-jalan ikut Ummi dan abah terjah rumah nenek n tok abah je la...



Damia bersama Jannah & Eman (sepupu)







Antara perahu yang masuk bertanding ....perahu yang ayah buat tu terlindung di belakang la pulak...

He he perahu Jabatan ayah dapat tempat ke empat....jadila...

Read more...

Kepulangan Harraz

>> Tuesday, November 3, 2009

Pada ahad yang lalu..saya sekeluarga sempat mengunjungi kepulangan baby comel dari Johor Bharu..ye la kami tak berpeluang mengunjungi mereka sekeluarga ketika Harraz selamat di lahirkan..Bertambahlah nampaknya anak buah saya..

Harraz merupakan anak sulong kepada adik ipar saya, setelah 6-7 tahun (kalau tak silap la)dia menunggu kehadirannya. Tahniah...semoga kehadiaran Harraz memberi 1001 kebahagian kepada kedua ibu bapanya..

Untuk ole-ole makan petang saya sempat siapkan brownies chees cake, moist cake coklat dan kek kukus berinti..

Comelnya dia...


Menu Minum Petang..





Read more...

Open House + Birthday

>> Wednesday, October 21, 2009

Minggu lepas sempena cuti hari deepavali saya telah mengambil kesempatan untuk mengadakan open house + sambut birthday Damia Maisarah sekali..ye la kena tunggu semua ahli-ahli keluarga cuti baru la boleh buat..tak sempat nak ambil banyak gambar memandangkan para tetamu yang berkunjung tiba tak putus-putus...


Menu kali ni lain sikit dari tahun-tahun lepas, tapi menu tetap di kekalkan..he he he..nasi tomato, makaroni,bubur kacang (menu baru) laksa, nasi impit dan air tebu (menu kekal) serta ada menu sampingan seperti agar-agar,chess tart dan kek. Sebut pasal kek ni, saya sempat la juga buat kek moist coklat untuk Damia...tapi deco dia fail...tak cantik langsung buruk rupanya..seburuk-buruk deco kek tu tapi sedap...ye la menu pertama paling awal habis dan yang bestnya siap dapat tempahan lagi....

Jom layan...




Menu yang baru di susun..ada yang belum siap



Chess tart baru keluar dari oven



Kek Moist Coklat

Read more...

Damia Maisarah

Damia Maisarah

DaMiA MaIsArAh

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Ikatan Perkahwinan

Ikatan Perkahwinan
08.04.2006

Penyeri Perkahwinan

Penyeri Perkahwinan

My Family

My Family
Love U All

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP